LARI BERPAGAR
DEFINISI
Acara lari berpagar adalah acara lari pecut melepasi halangan dan bukan satu acara lompatan.
Kemahiran lari pecut, boleh dipelajari dan dipraktikkan dengan menggunakan alatan seperti:
- tali
- batang rotan
- skitel
Bagi acara lari berpagar seseorang peserta perlu menunjukkan kepantasan berlari.
Keperluan utama yang harus ada pada setiap peserta ialah
- kelicinan berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar.
- Kelicinan ini disebut sebagai ritma.
Setiap peserta acara ini mestilah mahir mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kakinya.
Badan peserta juga mestilah mempunyai daya kelenturan yang baik. Dengan ini, dia akan dapat melenturkan badannya secara automatik semasa membuat lompatan.
Latihan ansur maju adalah satu latihan yang amat sesuai untuk dijalankan sebagai langkah awal dalam usaha memperkenalkan lari berpagar kerana ia memberi keseronokan dan menyemai sifat-sifat keyakinan diri dikalangan pelajar.
No comments:
Post a Comment